Tuesday, January 6, 2009

ETIKA ISLAM vs ETIKA KONVENSIONAL

Dalam membicarakan tentang perbezaan antara etika Islam (EI) dan etika konvensional (EK), terdapat 4 aspek yang membezakan antara keduanya, iaitu:

(1) Asas Pembentukan

(EI) Al-Quran dan Hadith sebagai sumber utama, manakala akal, naluri dan pengalaman manusia sebagai sumber sekunder.
(EK) Akal, naluri dan pengalaman manusia sebagai sumber utama.

(2) Komponen Nilai

(EI) Meliputi nilai duniawi dan ukhrawi, nilai rohani dan jasmani, nilai dalaman dan luaran.
(EK) Menekankan nilai duniawi, jasmani dan luaran.

(EI) Menepati semangat tauhid, keperluan rohani dan jasmani manusia, tuntutan kerjaya dan realiti semasa.
(EK) Hanya memenuhi keperluan jasmani manusia, tuntutan kerjaya dan realiti semasa.

(EI) Nilai-nilai relatif yang sentiasa selari dengan nilai-nilai universal.
(EK) Nilai-nilai relatif yang kadang kala selari atau bertentangan dengan nilai-nilai universal.

(3) Pendekatan Pelaksanaan

(EI) Ditunjangi oleh iman, dihadiri oleh hati dan disertai oleh kebijaksanaan akal.
(EK) Pertimbangan akal semata-mata.

(EI) Inisiatif semua pihak – arahan pihak atasan, kerelaan hati individu dan sokongan masyarakat.
(EK) Arahan oleh pihak atasan dan pematuhan arahan oleh pihak bawahan.

(4) Matlamat Akhir

(EI) Kejayaan di dunia dan akhirat (al-falah).
(EK) Kejayaan dalam kerjaya.

6 comments:

Cik Tulip said...

salam Dr azah... saya pon amik gak point kat sini... utk present sok... hik3... lalala...

Admin said...

salam. saya pun nak ambik jugak.

Admin said...

salam. saya pun nak ambik jugak.

Hadenant said...

Salam. Saya pun nak share jugak.

Unknown said...

salam,mohon keizinan untuk mengambil sebahgian kandungan..tq

Rabiatul Ishak said...

salam, dr. saya mohon share untuk tugasan sy ye..terima kasih..