Tuesday, April 29, 2008

TERIMA KASIH SEMUA...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan taufik dan `inayah-Nya pengajian PhD dapat disempurnakan. Sekalung penghargaan buat Profesor Muhammad Syukri Salleh dan Dr. Zakaria Bahari selaku penyelia utama dan penyelia bersama di atas bimbingan dan didikan yang diberikan.

Buat ayahanda, bonda, seisi keluarga serta tunang tersayang yang setia memberi dorongan dan sokongan. Terima kasih kerana memahami dan sentiasa mendoakan kejayaan yang dikongsi bersama ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang proses pengajian ini. Hanya Allah s.w.t. dapat membalas segala jasa baik yang dihulurkan.

Tidak lupa buat sahabat-sahabat di ISDEV dan APIUM, syukran jazilan `ala kulli hal. Mutiara ilmu dan pengalaman berharga yang dikutip akan tetap tersemat di hati. Semoga usaha kita semua diberkati dan dikira sebagai amal soleh di sisi-Nya.




-SEKITAR MAJLIS KONVOKESYEN DR. NOR`AZZAH, 220308 -