Tuesday, January 6, 2009

ETIKA ISLAM vs ETIKA KONVENSIONAL

Dalam membicarakan tentang perbezaan antara etika Islam (EI) dan etika konvensional (EK), terdapat 4 aspek yang membezakan antara keduanya, iaitu:

(1) Asas Pembentukan

(EI) Al-Quran dan Hadith sebagai sumber utama, manakala akal, naluri dan pengalaman manusia sebagai sumber sekunder.
(EK) Akal, naluri dan pengalaman manusia sebagai sumber utama.

(2) Komponen Nilai

(EI) Meliputi nilai duniawi dan ukhrawi, nilai rohani dan jasmani, nilai dalaman dan luaran.
(EK) Menekankan nilai duniawi, jasmani dan luaran.

(EI) Menepati semangat tauhid, keperluan rohani dan jasmani manusia, tuntutan kerjaya dan realiti semasa.
(EK) Hanya memenuhi keperluan jasmani manusia, tuntutan kerjaya dan realiti semasa.

(EI) Nilai-nilai relatif yang sentiasa selari dengan nilai-nilai universal.
(EK) Nilai-nilai relatif yang kadang kala selari atau bertentangan dengan nilai-nilai universal.

(3) Pendekatan Pelaksanaan

(EI) Ditunjangi oleh iman, dihadiri oleh hati dan disertai oleh kebijaksanaan akal.
(EK) Pertimbangan akal semata-mata.

(EI) Inisiatif semua pihak – arahan pihak atasan, kerelaan hati individu dan sokongan masyarakat.
(EK) Arahan oleh pihak atasan dan pematuhan arahan oleh pihak bawahan.

(4) Matlamat Akhir

(EI) Kejayaan di dunia dan akhirat (al-falah).
(EK) Kejayaan dalam kerjaya.

2 HATI DISATUKAN MENURUTI SUNNAH KEKASIH-NYA ~131208~

"Ya Allah, berkatilah pasangan mempelai ini. Kurniakanlah kebaikan dalam kehidupan mereka. Satukanlah hati-hati mereka agar terus tunduk dan patuh kepada-Mu. Jalinkanlah kasih sayang dan kemesraan antara mereka. Kurniakanlah mereka keturunan yang soleh. Lapangkanlah rezeki mereka. Peliharalah mereka daripada tipu daya makhluk yang lain. Himpunkanlah mereka dalam kebajikan di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabb al-`Alamin."